Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Cinta agung adalah cintanya..
Cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari yang maha esa..
Jangan mengingatiku leih dari dia mengingati yang maha kuasa..
Jangan mendoakanku lebih dari mendoakan ibu bapanya..
Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Aku lebih cintakan zuhudnya bukan rupa..
Aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Bila dia tenggelam dengan angan-angannya..
Bila nafsu mula mengawal fikirannya..
Toong sedarkan si dia, aku milik yang maha esa..
Aku masih punya keluarga..
Dia juga ada keluarga untuk dia berbakti padanya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta dikala cita-cita belum terlaksana..
Andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong khabarkan pada si dia, bahawa aku takut dia menjadi fitnah buat aku..
Yang menyebabkan aku dan dia dalam kegagalan..
Ku harap yang maha esa penjaga terbaik buat dirinya..
Tolong sampaikan pada si dia, aku mendamba cinta suci yang terjaga..
Cinta kerana Allah tak ternilai harganya..
Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungannya dengan yang sangat berkuasa..
Tolong sampaikan kepadanya…kerana aku kaku dan tak mampu untuk memberitahunya sendiri..
Hanya Kau ya Allah…yang mengetahui siapa dirinya..
Moga pesananku sampai padanya walau aku masih ragu-ragu siapakah dirinya..
Moga dia mawar berduri yang sentiasa menghalang kumbang dari memasuki taman larangannya…
Kerana aku mahu menjadi lebah yang dengan penuh adab untuk mencari mawar yang terjaga oleh tuannya…
Simpanlah pesanan ini sehingga bertemunya aku dan dia nanti….
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteakn sy smpaikn pd si dia..
ReplyDelete