Friday, March 25, 2011

ketahui sakit yang anda alami...

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-





1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).



i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras    toksin yang tinggi.Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan  toksin.

ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses  penyeimbangan hati sedang berlaku.

iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah,pembuangan toksin sedang berlaku. Ini   juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan   kerja.

 v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati   atau   bebanan yang berat.


2. HIDUNG



Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

i)  Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

iii) Bersin

     a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
     b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.



3. BATUK

 a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

 b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya   kahak pekat keluar selepas beberapa hari.

 c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian  kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.



4. KERONGKONG

    i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air  untuk membuang toksin.
    ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius..



5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

    i) Bibir pucat

       a. Sistem penghadaman yang lemah.

       b. Perut mengandungi angin.

       c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat  besi.
    ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.



6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran  darah.

    i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.                      

    ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah   mengandungi asid berlebihan.
    iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan  toksin.



7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

    i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan..

    ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.



8. KULIT Berpeluh :

    a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
    b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.



9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin

    yang tidak larut dalam air.



10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat       terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.



11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam

       air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.



      

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas

      proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.





13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

       a. Sakit Sendi

       i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan  tanda- tanda penyakit pirai (gout).

       ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
       iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang..

       b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.          

       c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian  lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

       d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

       e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya                                 disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

       f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

      g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat  lemah tenaga batin.

      h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki  busuk (Hong Kong Foot).



14. TANDA-TANDA DALAMAN

       A. KEPALA.
            Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

       B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
            Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak  berfikir.

       C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA

            i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
            ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

       D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan                         penyakit migrain.

       E. BISUL TERJADI DI KEPALA
           Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan  penyakit migrain.

       F. RASA PENING YANG MEMUSING
           Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.



15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH

      a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari  bahagian perut.

      b. MUNTAH DARAH

           i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong              
           ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;  misalnya penyakit ulser.



16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.



17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .. Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman



18. KENCING

      a) KERAP KENCING

           Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang banyak

      b) AIR KENCING BERKAPUR  Menunjukkan penyakit batu karang dalam   buah  pinggang.

      c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang  mengandungi kotoran berlemak.

      d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan  proses                                  pembuangan  toksin sedang berlaku.
      e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.



19. BUANG AIR BESAR

      a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan               dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG,                                 menandakan penyakit barah di bahagian usus besar..

      b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.

      c) NAJIS BERDARAH

           i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus..

           ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
      d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di                         bahagian usus sedang berlaku.



20. BADAN

       a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan                       saluran darah.

           i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.

           ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan..

           iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan                              dengan organ-organ badan.

           iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

       b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang                 berlebihan. Proses penyeimbangan

       c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini                         menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

       d) BADAN TERASA RINGAN :
            Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.



21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.



22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.



23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.



24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

       i)   Sistem jantung yang lemah.
       ii)   Sistem saraf otak yang lemah.
       iii)   Masalah pengaliran darah.



25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Thursday, March 24, 2011

jom check telipon anda...hoho

salam buat semua yang sudi membaca..
kali nie aku ade sikit info yang aku dapat n nak kongsi ngan korang-korang...


Jom semak status hp anda



tekan keypad handphone korang dengan nombor nii *#06#

pastu akan keluar IMEI [ International Mobile Equipment Identity]

contoh : 35851601 – 393149 – 1 – 50



semua dah dapat nombor IMEI masing-masing kan,

semak kedudukan no yg ke 7 dan 8 ya





Result:



02 atau 20 – dari CHINA = LOW QUALITY

08 atau 80 – dari GERMANY = FAIR QUALITY

01 atau 10 – dari FINLAND = VERY GOOD

00 / 03 / 04 - dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY

13 – Azerbaijan = VERY BAD QUALITY AND DANGEROUS FOR YOUR HEALTH


jadi...pilihlah yang terbaik yerk...hohoho

Wednesday, March 23, 2011

Anugerah Terindah

Bismillahirrahmannirrahim...
salam buat semuanya...



Rasulullah SAW bersabda, "Empat macam dari kebahagiaan manusia,
iaitu isteri-isteri yang salehah, anak yang berbakti, mempunyai teman-
teman dikalangan orang-orang yang baik, dan mata pencariannya
berada dalam negaranya sendiri."
HR Dailami
 
Salah satu perkara yang dicari oleh setiap manusia dalam kehidupan
ini adalah kebahagiaan, meskipun setiap orang berbeza tafsirannya.
Ada sebahagian orang yang menilai kebahagiaan itu ketika memiliki
harta yang banyak. Ada pula yang menilai kebahagiaan dengan
pangkat dan jawatan yang diraihnya. Tetapi, bagi seorang Muslim,
kebahagian itu bukan diukur dengan harta atau pangkat yang
dimilikinya semata.

Kebahagian sejati bagi seorang Muslim, sebagaimana hadith di atas,
adalah ketika hidup dalam lingkungan yang baik dan mudah, iaitu
memiliki isteri-isteri yang solehah, anak-anak yang berbakti, teman-teman
yang baik, dan mata pencarian mudah. Itulah anugerah terindah yang
Allah berikan kepada manusia untuk kebahagiaannya. Isteri yang
solehah adalah seorang isteri yang tidak hanya menjadi pendamping
hidup, melainkan ia seorang teman berbincang dan teman yang selalu
mengajak kepada kebaikan. Ia mengingatkan ketika lalai, menjadi
peneguh ketika gundah, menjadi penerang ketika kegelapan, menjadi
penyejuk ketika marah, menjaga kehormatannya, dan selalu taat
kepada Allah dan rasulNya. Allah menggambarkan wanita solehah
dalam firmanNya:
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang
bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah
melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas
orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah
membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.
Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada
Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan
apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama,
dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya dan perempuan-
perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka
(nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka
berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka
masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan
mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka
janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka.
Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar." 
Q.S An-Nisaa' : 34

Bahkan, Rasulullah menggambarkan isteri solehah sebagai perhiasan
yang paling baik dan indah mengalahkan indahnya dunia ini. Anak-
anak yang berbakti merupakan kekayaan yang tidak ternilai
harganya. Mereka merupakan anak-anak yang soleh dan solehah, yang
indah dan menyejukkan hati (qurrata a'yun). Mereka pun senantiasa
berdoa:
"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya (kedua
orangtua) kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah
(untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat
kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih
sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.
Q.S Al-Israa' : 24
 
Memiliki anak-anak yang berbakti merupakan kebahagiaan dalam
sebuah keluarga. Kebahagiaannya tidak hanya dirasakan di dunia,
tetapi juga di akhirat. Rasulullah mengajarkan bahwa doa anak yang
soleh merupakan amalan yang tidak terputus walaupun orang tuanya
sudah meninggal.

Teman yang baik adalah yang menjadi sahabat sejati, baik dalam
sedih ataupun suka. Mereka tidak hanya menolong dalam kesusahan,
tetapi juga mengingati ketika kita salah, menjadi pendorong
semangat dalam kebaikan dan ketakwaan.
 
Mata pencarian merupakan perantaraan kita mencari nafkah. Jika
mata pencarian kita tidak jauh, maka kita tetap dapat berkumpul,
menjaga, dan menyayangi keluarga. Berkumpul dengan keluarga,
menurut suatu pendapat umum, merupakan ubat lelah setelah sibuk
bekerja.
 
Semuga Allah menganugerahi kita isteri-isteri yang solehah, anak yang
berbakti, teman yang baik, dan mata pencarian yang dekat dan
mudah. Semuga Allah terus membimbing dan menjadikan kita hamba-
hamba yang bersyukur atas semua anugerah yang diberikanNya. 
 
Allahumma Amin.

Yesterday is history,
Tommorow's a mystery,
Today's a gift,
That's why we call it the Present.

"Each day I wake in gratitude.
Thanking Allah,
He let me rise
And To Him I only
Seek His assistance."

Tuesday, March 15, 2011

nie cerita pasal bosan..

Ini sebuah cerita tentang kebosanan. cerita nie aku kopi dari orang laen n aku ubah bagi jadik best skit..tapi tak tau la kalu tak best...aku buat semua nie pown sebab aku rasa bosan...hohoho..

cerita nie bermula macam nie,,:

ade la seorang lelaki nie datang menziarahi seorang tua..jadik di pendekkan cerita..laki tu tanya la soklan..

laki :”Sebenarnya apa itu perasaan ‘bosan‘, pak tua?”
Pak Tua :”Bosan adalah keadaan dimana fikiran menginginkan perubahan,menginginkan sesuatu yang baru, dan berharap berhentinya rutin hidup dan keadaan yang membawanya dari waktu ke waktu.”
laki :”Kenapa kita merasa bosan?”
Pak Tua :”Kerana kita tidak pernah merasa puas dengan apa yang kita miliki.”
laki :”Bagaimana menghilangkan kebosanan?”
Pak Tua :”Hanya ada satu cara, nikmatilah kebosanan itu, maka kita pun akan terbebas darinya.”
laki :”Bagaimana mungkin dapat menikmati kebosanan?”
Pak Tua:”Bertanyalah pada dirimu sendiri: mengapa kamu tidak pernah bosan makan nasi yang sama rasanya setiap hari?”
laki :”Kerana kita makan nasi dengan lauk dan sayur yang berbeza, Pak Tua.”
Pak Tua :”Benar sekali, anakku, tambahkan sesuatu yang baru dalam rutinmu maka kebosanan pun akan hilang.”
laki: “Bagaimana menambahkan hal baru dalam rutin harian?”
Pak Tua :”Ubahlah caramu melakukan rutin itu. Kalau biasanya menulis sambil duduk, cubalah menulis sambil mencangkung atau berbaring. Kalau biasanya membaca di kursi, cubalah membaca sambil berjalan-jalan atau
terloncat-loncat. Kalau biasanya menelefon dengan tangan kanan, cubalah dengan tangan kiri atau dengan kaki kalau boleh. Dan seterusnya.”
Lalu laki itu pun pergi.
Beberapa hari kemudian laki itu mengunjungi Pak Tua lagi.
laki :”Pak tua, saya sudah melakukan apa yang Anda sarankan, kenapa saya masih merasa bosan juga?”
Pak Tua :”Cuba lakukan sesuatu yang bersifat kekanak-kanakan.
“laki :”Contohnya?”
Pak Tua :”Bermain dengan permainan yang paling kamu sukai di waktu kecil dulu.”
Lalu laki itu pun pergi.
Beberapa minggu kemudian, laki itu datang lagi ke rumah Pak Tua.
laki :”Pak tua, saya melakukan apa yang Anda sarankan. Di setiap waktu senggang saya bermain sepuas-puasnya semua permainan anak-anak yang saya senangi dulu. Dan keajaiban pun terjadi. Sampai sekarang saya tidak pernah merasa bosan lagi, meskipun di saat saya melakukan hal-hal yang dulu pernah saya anggap membosankan. Kenapa bisa demikian, Pak Tua?”
Sambil tersenyum Pak Tua berkata: “Kerana segala sesuatu sebenarnya berasal dari fikiranmu sendiri, anakku. Kebosanan itu pun berasal dari fikiranmu yang berpikir tentang kebosanan. Saya menyuruhmu bermain seperti anak kecil agar fikiranmu menjadi ceria.Sekarang kamu tidak merasa bosan lagi kerana fikiranmu tentang keceriaan berhasil mengalahkan fikiranmu tentang kebosanan. Segala sesuatu berasal dari fikiran. Berpikir bosan menyebabkan kau bosan. Berpikir ceria menjadikan kamu ceria.”

P/s : tapi yang aku yakin dan pasti...lepas aku kopi n ubah cerita nie...aku tetap bosan...hahahahaha...

Saturday, March 12, 2011

Dari aku untuk kamu duhai perempuan


بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ


Korang nak tau tak,
makhluk yang paling aku sayang kat atas muka bumi aka dunia ini adalah perempuan.

Percaya?
Aku bukan nak main gula-gula kat sini.
Tetapi aku serius dengan apa yang aku katakana nie.
Ketahuilah bahawa,
makhluk yang paling aku sayang di atas dunia nie adalah perempuan.

Mengapa?

Jika yang lelaki bertanya, aku mungkin paham la.
Tetapi perempuan, jika kamu yang bertanya, maka aku sangat kehairanan.

Apakah kamu tidak tahu mengapa aku sayangi kamu?
Adakah kamu tidak menyedari betapa istimewanya kamu?



Aku dari rahim seorang perempuan

Kalau difikirkan semula, tiada lelaki yang dilahirkan selain dari rahim ibu
melainkan Nabi Adam AS.
Perhatikanlah Sultan, pemerintah, perdana menteri, laksmana, tentera,
pegawai, jurutera, doktor,
doktor falsafah, genius, semuanya dilahirkan dari perut seorang perempuan.

Aku, dari rahim seorang perempuan juga.

Tiada manusia dilahirkan hebat. Mereka semua dilahirkan sebagai manusia biasa.
Tetapi biasanya manusia-manusia hebat ini mempunyai ibu yang hebat di sisi mereka.
Yang mendidik dan memberikan suasana kepada mereka semenjak kecil.

Jadi mengapa pulak aku tidak menyayangi perempuan?
Mengapa pula aku tidak mengambil berat terhadap mereka?
Dari rahim mereka lahirnya pewaris masa hadapan!

Sekiranya aku membiarkan perempuan rosak, merosakkan, dirosakkan,
merosakkan diri mereka,
maka sama sahaja dengan aku membiarkan
masa hadapan dunia hancur, gelap, kelam dan hitam.

Jangan lupa, dari rahim perempuan juga lahirnya penderhaka,
penjenayah, perogol, pencuri,
yang ingkar kepada Allah, pembohong,
dan banyak lagi manusia-manusia
yang mencorakkan dunia dengan kehitaman.
Hatta Ariel Sharon juga lahir dari perut seorang perempuan.

Sekiranya perempuan yang menggendong masa hadapan dunia
selama 9 bulan 9 hari ini rosak,
di mana masa hadapan dunia?

Mustahil aku tidak menyayangi perempuan.
Maka tiadalah harapan yang aku inginkan,
melainkan perempuan juga menyayangi diri mereka dan menjaga peribadi mereka
daripada perkara yang Allah larang dan murka.


Perempuan sayap kiri bagi aku

Aku hendak berkahwin dengan siapa? Mustahil dengan lelaki.
Baik macam mana pun aku dengan Napie, Ammar, n Sahabat2 aku yang laen.
mustahil aku akan berkahwin dengan mereka.

Aku akan berkahwin dengan seorang perempuan.

Mustahil aku tidak menyayangi kaum ini.
Yang menjadi isteri-isteri dan pendamping kepada lelaki.
Yang menjadi pengawal kepada segala rahsia seorang lelaki.
Yang menjadi guru kepada anak-anak seorang lelaki.
Yang menjadi penenang dan penyejuk mata serta pendamai jiwa seorang lelaki.

Kestabilan seorang perempuan, menjamin kestabilan seorang lelaki.

“Apabila enta bangun tidur dan melihat isteri enta di sebelah,
enta akan merasakan keajaiban penciptaan Allah SWT” ~ Pakcik Rosdi.
Dan dia berkata dalam keadaan tersenyum.
Hidupnya bahagia dengan ketenangan isterinya: Cikgu Maimunah binti Hashim.

Maka mustahil aku hendak membiarkan perempuan rosak,
dirosakkan atau merosakkan diri mereka sendiri.
Kerana mereka adalah penjaga-penjaga lelaki di satu sisi.
Suami-suami memerlukan isteri-isteri yang solehah,
yang baik, yang taat kepada Allah dalam rangka hendak membangunkan ummah.
Tidak dinafikan isteri-isteri juga memerlukan suami-suami yang baik.
Tetapi bukan sedikit lelaki yang berubah kerana cinta seorang perempuan.
Maka mengapa perempuan tidak mempersiapkan diri mereka lebih sedikit
untuk mengubah seorang lelaki dengan cinta?

MasyaAllah.

Aku amat menyayangi perempuan.
Maka tiadalah harapan aku
melainkan perempuan menyayangi diri mereka sendiri.
Menjaga diri dari kerosakan.
Menjaga diri dari kemungkaran.
Mempersiapkan diri menjadi hamba Allah yang taat.
Buat apa yang disuruh, meninggalkan apa yang dilarang.


Maka amat menyedihkan aku jika…

Bila sayang, akan datang ambil berat.
Semestinya demikian.
aku amat hairan kalau seseorang itu menyatakan sayang kepada si fulan:
“Aku sayang sangat dengan kau”
kemudian dia melemparkan si fulan itu ke dalam api.
Mustahil itu adalah sayang.

Maka kerana sayang itu jugalah aku pernah tersilap langkah dan terluka
apabila melihat perempuan-perempuan berkeliaran
tanpa menutup aurat. Kerana sayang itu jugalah aku akan tercedera apabila
melihat ada perempuan-perempuan tidak menjaga maruah mereka dan berpeleseran
 dengan lelaki tanpa segan silu.

Kerana sayang itu jugalah aku akan terasa apabila melihat perempuan-perempuan
menayangkan akhlak buruk mereka. Kerana sayang itu jugalah aku akan tercucuk
dengan perempuan yang tiada rasa malu pada diri mereka.

Kalaulah perempuan tahu bahawa mereka memegang nasib dunia.
Mereka bakal ibu dan isteri.
Ibu kepada anak dan isteri kepada suami.
Nyatakan kepada aku bagaimana mereka ini tidak memberikan kesan kepada dunia?
Semestinya mereka ini memberikan kesan. Dan kesan yang diberikan oleh kamu wahai perempuan, bukannya sedikit bahkan besar.

Sudah wujud di dalam sejarah, kerajaan hebat jatuh kerana seorang perempuan.
Sudah wujud di dalam sejarah, abid hebat jatuh kerana seorang perempuan.

Sebab itu aku sangat menyayangi perempuan dan sering memikirkan mereka.

Apakah perempuan-perempuan memikirkan diri mereka sendiri?


Penutup: Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa.
Bukan tujuan aku menulis artikel ini untuk disayangi perempuan.
Tetapi tujuan aku menulis artikel ini untuk perempuan menyayangi diri mereka sendiri.

Maksud sayang pada aku adalah = Hendak masuk syurga bersamanya.

Maka kalau tak nak masuk syurga dengan aku,
at least kamu kena lah rasa hendak masuk syurga dengan diri kamu wahai perempuan.
Maka jagalah diri, persiapkan peribadi. Kamu pemegang masa hadapan dunia.
Dan tiada yang memberikan kesan lebih besar terhadap dunia selain kamu wahai perempuan.
Bukan aku nak kata aku nie baik dan nak kamu bersama-sama aku menuju ke syurga yang diimpi.
Tapi kita sama-sama berpadu dalam mengejar syurga itu.
Tak salah kan?

Kalaulah kamu tahu betapa sejuknya mata ini melihat
perempuan-perempuan yang berakhlak.

Kalaulah kamu tahu betapa senangnya jiwa ini
melihat perempuan-perempuan yang pemalu.

Kalaulah kamu tahu betapa seronoknya kalbu ini
melihat perempuan-perempuan yang menutup aurat.

Kalaulah kamu tahu betapa tenangnya diri ini
melihat perempuan-perempuan yang menjaga batas pergaulan.

Wahai perempuan, tidakkah kamu memandang diri kamu berharga?

Maka
jangan murahkan.

Siapkan dirimu untuk menggoncang masa hadapan dengan keimanan dan ketaatan.

Bukan dengan kehancuran dan kerosakan.

Sungguh, aku merayu di sini. Agar kamu mencintai diri sendiri.
Credit to (N_a)

Maaf, ana sudah bertunang

بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيم 
 
Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.




Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! " Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

............ ......... ......... .........

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "

"Ya Allah, tenangnya... "

"Moga Allah memberkatinya. ..."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

************ ********* ********* ********* *******

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Sumber : http://www.facebook.com/note.php?note_id=408995870559&id=1363481730&ref=mf
              http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150140645465103amp;id=100000030361211amp;ref=nf

Wednesday, March 9, 2011

SuDaH MaTaNgKaH PeMiKiRaN AnDa????

Kisah 1 :

Aminah merenung batang yang semakin menegak itu,
dia terus mengusap-usapbatang tersebut,
kelihatan air putih mengalir keluar.
Aminah pun menjerit
"..Nek lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya.."..


Kisah 2 :



Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu,
hatinya puas dansemangatnya semakin berkobar-kobar,
jari-jemarinya terus menguli tanpa henti.
Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu yang bertajuk
"bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau."


Kisah 3 :

Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan,
dia tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting itu
dan menyedut keluar sedikit susu ...
"cehhh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas"
Anak Zamrul yang masih bayi terus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.


Kisah 4 :

Idham menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar
"Come on baby, lets make it..."..katanya berulanag-ulang kali tanpa henti..
Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu.


Kisah 5 :

Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut.
Alman yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. Alman terus mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama mengintip Alman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.


P/S:Jika anda langsung tidak terfikirkan aper-aper mengenai **** semasa membaca cerita di atas, otak anda masih ditahap tidak matang..Sebaliknya,jika anda terfikirkan mengenai **** maka tahap pemikiran anda sudah matang.
Pemikiran saya sudah matang. Anda bagaimana???
hohohooho...sila komen...hooohohoho...
sekadar gurauan... 

kucing tidak ayam....hoho

Kucing!! adakah anda minat dan suka terhadap kucing?? geli?? takut?? trauma?? 
ha....macam2 reaksi bukan?? 


Jom kenali makhluk Allah yang bergelar kucing nie~~Kucing  dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar AfrikaFelis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.


Bagaimana pula pendapat mengenai kucing dalam Islam??

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].


Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Kembali menyambung cerita aku..

Alkisahnya aku menyebut pasal kucing malam ni sebab kucing yang ada kat tempat aku berkursus, dah beranak!! dapat 5 ekor anak.. suka aku tengok.. betapa besar kasih ibunya kepada anak2 nya.. teringat pula akan kes buang bayi..aduhai manusia.. lebih hina daripada binatang yer kamu2 itu.. Moga dikurniakan hidayah...

moral di sini: sayangilah kucing2.. hihi

Saturday, March 5, 2011

ZINNIRAH: antara pengobanan dan cinta hakiki

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Peyayang....

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW, serta Ahlul Bait dan para sahabat Baginda yang mulia.  Alhamdulillah, syukur kpd Allah SWT kerana masih lagi memberi sedikit ruang masa kpd saya untuk kembali berkongsi dengan para sahabat sekalian sedikit perkongsian yang InsyaAllah akan memberi manfaat kepada kita semua. Bagi entri kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca dan sahabat sekalian tentang kisah ketabahan dan keagungan cinta Zinnirah kepada Allah SWT.  Sudah terlalu lama saya ingin berkongsi kisah ini dengan para pembaca sekalian, tetapi kesibukkan dengan urusan dunia membataskan niat saya. Sebenarnye kisah Zinnirah ini pun saya baru tahu beberapa minggu yang lalu, semasa tengah membuat report saya terdengar lagu nasyid dari kumpulan UNIC yang bertajuk Zinnirah, walaupun dah banyak kali saya dengar lagu tu...tapi saya tak pernah tahu pun sirah ytentangnya...saya ade bertanyakan kawan-kawan saya yang namanya atau yang menggunakan gelaran zinnirah sebagai nickname..tapi mereka2 ini pun tak boleh bagi penjelasan yang tepat mengenai zinnirah...oleh kerana keyakinan saya bahawa Zinnirah itu wanita yang luar biasa yang mempunyai kisahnya tersendiri. Dan akhirnya bagi menjawab segala pertanyaan yang berlegar di fikiran saya, saya search di google tentang kisah Zinnirah ini, dan Alhamdulillah saya jumpa banyak blog yang memaparkan kisah ketabahan Zinnirah ini, dan saya membaca kisah Zinnirah ini dalam banyak blog lain dan barulah saya tahu tentang hebatnya ketabahan Zinnirah ini dalam mempertahankan kecintaannya kepada Allah dan Islam. Dan kisah Zinnirah yang saya ingin kongsikan di sini juga saya ambil dan cantum2 kan menjadikan ianya lebih baik dan mudah difahami dan dihayati dengan keizinannya. Semoga perkongsiaan ini bermanfaat untuk kita semua. InsyaAllah..   

Zinnirah dan Ketabahanannya  

Wanita mithali ini bukanlah terkenal kerana kecantikan atau kebangsawanan. Dia memang tidak memiliki kecantikan atau kekayaan. Dia hanyalah seorang hamba kepada Umar al-Khattab sebelum keislamannya namun dia memiliki aqidah tauhid yang menebal pada zaman penentangan Islam. Biarpun fizikal wanita ini diseksa dengan berbagai-bagai kesakitan, penderitaan & kesusahan tetapi hatinya tetap kepada Allah S.W.T. Dia menerima penyeksaan itu walaupun tubuhnya hancur akibat pukulan demi pukulan, sepakan terajang & hantukan. Namun, demi Islam dia tidak akan menyerah kalah.  Zinnirah, begitulah indah namanya, mungkin tidak ramai yang tahu kisah ketabahan & keagungan cintanya kepada Allah S.W.T. Wanita ini tidak punya ijazah, tidak terkenal di dunia, tidak mempunyai harta apalagi memiliki pangkat yang besar. Namun, Allah S.W.T memuliakan dan memberi penghormatan yang tinggi kepadanya.  Dunia dan segala isinya bukan lagi matlamat. Sekalipun dilonggokkan emas sebesar Bukit Uhud, dia tidak akan menukar aqidah yang telah bertunjang di hatinya. Menurut riwayat islam, Zinnirah adalah di antara org yang awal memeluk Islam.Zaman awal Islam penuh cubaan. Sesiapa yang memeluk Islam, tidak seorang pun bebas daripada pelbagai penderitaan, kecaman, kata nista dan penindasan. Zinnirah mengalami itu semua. Wanita berbangsa Rom ini telah ditawan dan dijual di Kota Makkah. Kemudian Umar al-Khattab membelinya dengan harga yang murah utk dijadikan hamba, seterusnya menjadi tawanan tuannya.  Pada peringkat awal, Zinnirah cuba menyembunyikan pengislamannya daripada diketahui oleh Umar. Dia melakukan ibadah ketika org lain tiada di rumah atau pada waktu tengah malam ketika org lain sedang nyenyak tidur. Namun, lama kelamaan amalan solehahnya dapat dicium oleh musuh.  Sudah tentu org yang paling marah ialah tuannya sendiri iaitu Umar. Siapakah yang tidak kenal dengan Umar al-Khattab yang terkenal dengan sikap kejam, bengis, ganas, garang, tidak berhati perut, tidak berperikemanusiaan itu. Umar terus menampar Zinnirah, menendang, mengikat kedua belah kai tangan Zinnirah. Kemudian, dijemur di tgh panas mentari. Bayangkanlah antara seksaan yang dihadapinya. Sungguh panas padang pasir pada waktu siang dan terlalu sejuk pada waktu malam, badannya dihempap dengan batu besar dan 1001 macam penyeksaan yang diterimanya.  Dalam keperitan fizikal, Zinnirah masih mampu menguntum senyuman. Hatinya tidak putus-putus mengucapkan " Allah, Allah, Allah, Allahu Akbar, Allah lah yang Maha Besar ". Dan hatinya berbisik, " Ini untuk-Mu wahai Tuhan, aku membeli kesusahan ini utk mendapat kesenangan di akhirat ". Begitulah ungkapan katanya yang menjadi penawar utknya.  Kemuncak penyeksaan yang diterima oleh Zinnirah ialah matanya dicucuk dengan besi tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangan. Hatinya masih mampu berbisik," Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih rela daripada menjual agama-Mu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa kehebatan dan keagungan-Mu Tuhan. Panahan cinta dari-Mu itulah makin menguatkan diri ini utk menerima apa shj. Cuma satu permintaanku, berilah petunjuk kepada org yang menyeksaku ini.  Ternyata doa org teraniaya ini makbul. Akhirnya Umar memeluk Islam setelah mendapat hidayah Allah S.W.T melalui adiknya, Fatimah. Malah Saidina Umar menjadi sahabat yang tergolong Khulafa Arrasyidin...Sifat pembengisnya bertukar menjadi lembut, garang bertukar kepada pemaaf, bakhil bertukar pd pemurah,tidak berhati perut kepada bertimbang rasa, gila dunia kepada gila akhirat.  Kembali kepada Zinnirah, walaupun matanya buta utk melihat alam maya tapi hatinya tidak buta utk menerima cahaya kebenaran Islam. Pandangan hati boleh menembusi pandangan zahir. Apabila melihat keadaan Zinnirah, org-org Quraisy cuba mempermain-mainkannya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana menerima laknat dari Tuhan mereka iaitu, latta dan Uzza.  Zinnirah menolak penghinaan itu. Baginya kedua berhala itu tiada sedikitpun kena mengena dengan matanya. Dia cuba meyakinkan mereka bahawa masalah buta itu adalah datang daripa Allah S.W.T. Maka Allahlah yang berkuasa mengembalikan pancainderanya seperti biasa.  Berlakulah sedikit kekecohan, org-org Qurais mencabar Zinnirah kerana mempertahan dirinya. Umar pula sudah berhenti menyeksa kerana bosan melihat ketabahan hatinya.  Hambanya tidak mahu sedikitpun berganjak daripada keimanan kepada Allah S.W.T. Tiada siapa yang boleh menolak ketentuan Tuhan. Apabila Allah S.W.T mengambil sekejap nikmat mata, kemudian memulangkannya semula kepada Zinnirah. Allah S.W.T menggantikannya dengan mata yang lebih baik. Zinnirah boleh melihat seperti biasa, lebih terang daripada matanya yang asal. Demikianlah pertolongan Allah S.W.T kepadanya bagi menguatkan lagi keimanannya. Tidak lama kemudian, Saiyidina Abu Bakar datang menyelamatkan Zinnirah dengan membelinya dengan harga tinggi. Terselamatlah dia daripada menjadi penindasan org-org kafir.  Di antara sifat wanita yang solehah ini, dia sentiasa merasa Allah S.W.T memerhatikan dirinya, setiap detik dan saat. Apabila nafsunya mengajak berbuat sesuatu perkara yang mungkar, segera pula hatinya bertindak balas dengan mengatakan Allah S.W.T Maha Melihat. Nafsu yang mahu berbuat segera ditepis dengan katanya," wahai nafsu mengapa engkau tidak takut dengan neraka?".  Hati Zinnirah sentiasa terpimpin, begitu juga dengan akhlaknya. Hasilnya, hati dan jiwa merasa aman daripada kongkongan hawa nafsu. Kemerdekaan jiwa inilah yang diperolehi oleh Zinnirah, wanita yang tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit.  Marilah kita berazam dengan membulatkan sepenuh pengharapan memohon pada Allah S.W.T supaya sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah. Sekiranya diuji dengan pelbagai dugaan biarlah hati kita setabah Zinnirah. Biarlah iman kita sekuat dirinya. Biarlah hati kita terus celik... 

tidak aku lakarkan kisah ini kerana keagungan dan tereujaan aku kepada nya...namun ikhtibar ini perlu buat pimpinan hati kita agar terus tabah dan tersenyum dengan setiap ujian yang Allah berikan buat kita....wassalam....
  * Para pembaca boleh copy entri ini untuk dikongsikan dengan sahabat2 yang mungkin belum mengetahui tentang kisah ini.