بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Korang nak tau tak,
makhluk yang paling aku sayang kat atas muka bumi aka dunia ini adalah perempuan.
Percaya?
Aku bukan nak main gula-gula kat sini.
Tetapi aku serius dengan apa yang aku katakana nie.
Ketahuilah bahawa,
makhluk yang paling aku sayang di atas dunia nie adalah perempuan.
Mengapa?
Jika yang lelaki bertanya, aku mungkin paham la.
Tetapi perempuan, jika kamu yang bertanya, maka aku sangat kehairanan.
Apakah kamu tidak tahu mengapa aku sayangi kamu?
Adakah kamu tidak menyedari betapa istimewanya kamu?
Aku dari rahim seorang perempuan
Kalau difikirkan semula, tiada lelaki yang dilahirkan selain dari rahim ibu
melainkan Nabi Adam AS.
Perhatikanlah Sultan, pemerintah, perdana menteri, laksmana, tentera,
pegawai, jurutera, doktor,
doktor falsafah, genius, semuanya dilahirkan dari perut seorang perempuan.
Aku, dari rahim seorang perempuan juga.
Tiada manusia dilahirkan hebat. Mereka semua dilahirkan sebagai manusia biasa.
Tetapi biasanya manusia-manusia hebat ini mempunyai ibu yang hebat di sisi mereka.
Yang mendidik dan memberikan suasana kepada mereka semenjak kecil.
Jadi mengapa pulak aku tidak menyayangi perempuan?
Mengapa pula aku tidak mengambil berat terhadap mereka?
Dari rahim mereka lahirnya pewaris masa hadapan!
Sekiranya aku membiarkan perempuan rosak, merosakkan, dirosakkan,
merosakkan diri mereka,
maka sama sahaja dengan aku membiarkan
masa hadapan dunia hancur, gelap, kelam dan hitam.
Jangan lupa, dari rahim perempuan juga lahirnya penderhaka,
penjenayah, perogol, pencuri,
yang ingkar kepada Allah, pembohong,
dan banyak lagi manusia-manusia
yang mencorakkan dunia dengan kehitaman.
Hatta Ariel Sharon juga lahir dari perut seorang perempuan.
Sekiranya perempuan yang menggendong masa hadapan dunia
selama 9 bulan 9 hari ini rosak,
di mana masa hadapan dunia?
Mustahil aku tidak menyayangi perempuan.
Maka tiadalah harapan yang aku inginkan,
melainkan perempuan juga menyayangi diri mereka dan menjaga peribadi mereka
daripada perkara yang Allah larang dan murka.
Perempuan sayap kiri bagi aku
Aku hendak berkahwin dengan siapa? Mustahil dengan lelaki.
Baik macam mana pun aku dengan Napie, Ammar, n Sahabat2 aku yang laen.
mustahil aku akan berkahwin dengan mereka.
Aku akan berkahwin dengan seorang perempuan.
Mustahil aku tidak menyayangi kaum ini.
Yang menjadi isteri-isteri dan pendamping kepada lelaki.
Yang menjadi pengawal kepada segala rahsia seorang lelaki.
Yang menjadi guru kepada anak-anak seorang lelaki.
Yang menjadi penenang dan penyejuk mata serta pendamai jiwa seorang lelaki.
Kestabilan seorang perempuan, menjamin kestabilan seorang lelaki.
“Apabila enta bangun tidur dan melihat isteri enta di sebelah,
enta akan merasakan keajaiban penciptaan Allah SWT” ~ Pakcik Rosdi.
Dan dia berkata dalam keadaan tersenyum.
Hidupnya bahagia dengan ketenangan isterinya: Cikgu Maimunah binti Hashim.
Maka mustahil aku hendak membiarkan perempuan rosak,
dirosakkan atau merosakkan diri mereka sendiri.
Kerana mereka adalah penjaga-penjaga lelaki di satu sisi.
Suami-suami memerlukan isteri-isteri yang solehah,
yang baik, yang taat kepada Allah dalam rangka hendak membangunkan ummah.
Tidak dinafikan isteri-isteri juga memerlukan suami-suami yang baik.
Tetapi bukan sedikit lelaki yang berubah kerana cinta seorang perempuan.
Maka mengapa perempuan tidak mempersiapkan diri mereka lebih sedikit
untuk mengubah seorang lelaki dengan cinta?
MasyaAllah.
Aku amat menyayangi perempuan.
Maka tiadalah harapan aku
melainkan perempuan menyayangi diri mereka sendiri.
Menjaga diri dari kerosakan.
Menjaga diri dari kemungkaran.
Mempersiapkan diri menjadi hamba Allah yang taat.
Buat apa yang disuruh, meninggalkan apa yang dilarang.
Maka amat menyedihkan aku jika…
Bila sayang, akan datang ambil berat.
Semestinya demikian.
aku amat hairan kalau seseorang itu menyatakan sayang kepada si fulan:
“Aku sayang sangat dengan kau”
kemudian dia melemparkan si fulan itu ke dalam api.
Mustahil itu adalah sayang.
Maka kerana sayang itu jugalah aku pernah tersilap langkah dan terluka
apabila melihat perempuan-perempuan berkeliaran
tanpa menutup aurat. Kerana sayang itu jugalah aku akan tercedera apabila
melihat ada perempuan-perempuan tidak menjaga maruah mereka dan berpeleseran
dengan lelaki tanpa segan silu.
Kerana sayang itu jugalah aku akan terasa apabila melihat perempuan-perempuan
menayangkan akhlak buruk mereka. Kerana sayang itu jugalah aku akan tercucuk
dengan perempuan yang tiada rasa malu pada diri mereka.
Kalaulah perempuan tahu bahawa mereka memegang nasib dunia.
Mereka bakal ibu dan isteri.
Ibu kepada anak dan isteri kepada suami.
Nyatakan kepada aku bagaimana mereka ini tidak memberikan kesan kepada dunia?
Semestinya mereka ini memberikan kesan. Dan kesan yang diberikan oleh kamu wahai perempuan, bukannya sedikit bahkan besar.
Sudah wujud di dalam sejarah, kerajaan hebat jatuh kerana seorang perempuan.
Sudah wujud di dalam sejarah, abid hebat jatuh kerana seorang perempuan.
Sebab itu aku sangat menyayangi perempuan dan sering memikirkan mereka.
Apakah perempuan-perempuan memikirkan diri mereka sendiri?
Penutup: Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa.
Bukan tujuan aku menulis artikel ini untuk disayangi perempuan.
Tetapi tujuan aku menulis artikel ini untuk perempuan menyayangi diri mereka sendiri.
Maksud sayang pada aku adalah = Hendak masuk syurga bersamanya.
Maka kalau tak nak masuk syurga dengan aku,
at least kamu kena lah rasa hendak masuk syurga dengan diri kamu wahai perempuan.
Maka jagalah diri, persiapkan peribadi. Kamu pemegang masa hadapan dunia.
Dan tiada yang memberikan kesan lebih besar terhadap dunia selain kamu wahai perempuan.
Bukan aku nak kata aku nie baik dan nak kamu bersama-sama aku menuju ke syurga yang diimpi.
Tapi kita sama-sama berpadu dalam mengejar syurga itu.
Tak salah kan?
Kalaulah kamu tahu betapa sejuknya mata ini melihat
perempuan-perempuan yang berakhlak.
Kalaulah kamu tahu betapa senangnya jiwa ini
melihat perempuan-perempuan yang pemalu.
Kalaulah kamu tahu betapa seronoknya kalbu ini
melihat perempuan-perempuan yang menutup aurat.
Kalaulah kamu tahu betapa tenangnya diri ini
melihat perempuan-perempuan yang menjaga batas pergaulan.
Wahai perempuan, tidakkah kamu memandang diri kamu berharga?
Maka jangan murahkan.
Siapkan dirimu untuk menggoncang masa hadapan dengan keimanan dan ketaatan.
Bukan dengan kehancuran dan kerosakan.
Sungguh, aku merayu di sini. Agar kamu mencintai diri sendiri.
Kalaulah kamu tahu betapa sejuknya mata ini melihat
perempuan-perempuan yang berakhlak.
Kalaulah kamu tahu betapa senangnya jiwa ini
melihat perempuan-perempuan yang pemalu.
Kalaulah kamu tahu betapa seronoknya kalbu ini
melihat perempuan-perempuan yang menutup aurat.
Kalaulah kamu tahu betapa tenangnya diri ini
melihat perempuan-perempuan yang menjaga batas pergaulan.
Wahai perempuan, tidakkah kamu memandang diri kamu berharga?
Maka jangan murahkan.
Siapkan dirimu untuk menggoncang masa hadapan dengan keimanan dan ketaatan.
Bukan dengan kehancuran dan kerosakan.
Sungguh, aku merayu di sini. Agar kamu mencintai diri sendiri.
Credit to (N_a)
No comments:
Post a Comment