Friday, February 18, 2011

pesanan dari aku...



Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
                Cinta agung adalah cintanya..
                Cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari yang maha esa..
                Jangan mengingatiku leih dari dia mengingati yang maha kuasa..
                Jangan mendoakanku lebih dari mendoakan ibu bapanya..
Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
                Aku lebih cintakan zuhudnya bukan rupa..
                Aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
                Bila dia tenggelam dengan angan-angannya..
                Bila nafsu mula mengawal fikirannya..
Toong sedarkan si dia, aku milik yang maha esa..
                Aku masih punya keluarga..
                Dia juga ada keluarga untuk dia berbakti padanya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta dikala cita-cita belum terlaksana..
                Andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
                Bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong khabarkan pada si dia, bahawa aku takut dia menjadi fitnah buat aku..
                Yang menyebabkan aku dan dia dalam kegagalan..
                Ku harap yang maha esa penjaga terbaik buat dirinya..
Tolong sampaikan pada si dia, aku mendamba cinta suci yang terjaga..
                Cinta kerana Allah tak ternilai harganya..
                Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungannya dengan yang sangat berkuasa..
Tolong sampaikan kepadanya…kerana aku kaku dan tak mampu untuk memberitahunya sendiri..
Hanya Kau ya Allah…yang mengetahui siapa dirinya..
Moga pesananku sampai padanya walau aku masih ragu-ragu siapakah dirinya..
Moga dia mawar berduri yang sentiasa menghalang kumbang dari memasuki taman larangannya…
Kerana aku mahu menjadi lebah yang dengan penuh adab untuk mencari mawar yang terjaga oleh tuannya…
Simpanlah pesanan ini sehingga bertemunya aku dan dia nanti….

Monday, February 14, 2011

Tension Mencari......

Assalamualaikum semua...

saya nak minta tolong dgn saudara / saudari semua...

saya seorang student MISDEC  sebuah tempat berkursus di batu berendam, Melaka...
sekarang sy hampir tamat dgn kursus sy... iaitu kursus "Eksekutif Produk Halal"

Dalam course sy ini, sy belajar...
1. HACCP,GMP,GHP 
- topik ni sy lmbt skit pick-up... sbb lecturuer kata "kalau awk masuk alam pekerjaan baru awk faham semua ini" 

2. KEUSHAWANAN


3. BERKAITAN MAKANAN


4. macam2 lagi la....


Dalam bab nie sy blaja bnyk la jugak...nak kate power tu takde la...tp stakat nak niaga 2...kalu ade modal...insya'allah jalan...huhuhu
Dan sebelum ni saya ada belajar "di Kolej Islam Pahang" dalam jurusan pengajian Islam pengkhususan Dakwah dan Pengurusan...
- jadi keyakinan untuk saya berhadapan dengan masyarakat 2 ade la tinggi skit......

saya sebenarnya kesuntukan masa untuk mencari tempat praktikal saya... saya mula praktikal pada bulan 4... dalam masa 2 bulan jer... surat yg dikeluarkn dr tempat sy blaja utk menjalani latihan pratikal keluar agak lmbt sedikit sebab sy amik kursus jangka pendek...masa yg diberi amat suntuk untuk mencari tempat untuk praktikal... 

saya ingin meminta tolong dari saudara / saudari didalam yang terbaca menda ini... jika ada diantara saudara / saudari yg ingin mengambil pelajar seperti saya menjalani praktikal... alhamdulillah... syukur... sy sudah mencuba mencari tempat untuk praktikal secara online @ interview dgn syrikat di sekitar melaka... ada yg menolak dan ada yg belum memutuskan utk mengambil org seperti saya... 

tempat saya tak kisah... alhamdulillah kalau dapat di sekitar melaka @ kuantan... sbab transprt yg saya ada cuma motosikal shj...

ini antara usaha untuk mencari tempat praktikal yg related dgn kursus sy... jika semua usaha sy tidak dpt... sy redha... jika sy tak dapat tempat praktikal yang elok... rugilah sy... sebab apa yg saya belajar sy tidak praktikkan di tempat kerja... sy ingat belajar dgn org yg berpengalaman dan memantapkan lagi skill sy dalam bdang Makanan dan Barang Gunaan yang ade kaitan ngan Halal ini... insyaallah... sy akan bekerja dengan rajin dan bersungguh-sungguh...

ini email dan contact number sy jika saudara / saudari ingin menolog sy... terima kaish 

Aarm_aRt89@yahoo.com.my

Saturday, February 12, 2011

Cinta Seorang Sahabat

Thursday, February 10, 2011

Pengorbanan Kau Bergelar Ibu

Setiap orang pasti memiliki seorang ibu. Ibu adalah orang yang paling banyak jasanya kepada kita. Kita tidak akan sanggup menghitung jasa seorang ibu kepada kita. Jasa dan pengorbanan yang dilakukannya sedemikian besar, sehingga mustahil bagi kita untuk membalas jasanya.

Pengorbanan seorang ibu sudah dimulai sejak kita masih berada dalam kandungannya. Kita lihat saja sekarang, apa yang dialami oleh seorang wanita yang sedang mengandung. Denagn hati-hati seorang ibu akan berusaha untuk menjaga kandungannya supaya tetap sihat. Belum lagi kesibukannya yang lain, yang dilakukannya sambil membawa kita dalam rahimnya.
Pengorbanan yang paling besar adalah saat kita dilahirkan. Perjuangan yang berat dilaluinya untuk melahirkan kita. Bahkan dia rela mengorbankan nyawanya agar kita dapat lahir dengan selamat.
Saat kita masih bayi, kita dijaganya siang dan malam tanpa kenal lelah. Dua tahun kita disusuinya, hingga kita tumbuh sihat. Kita selalu dibimbingnya dengan sabar, tanpa mengeluh sedikitpun.

Jika kita renungkan lebih jauh, besarnya jasa seorang ibu tidak akan pernah dapat kita balas. Meskipun kita memberinya harta yang melimpah, memberikan perhatian yang banyak, namun jasanya tidak akan terbalas, sampai akhir hayat.
Sayangnya, saat ini tidak sedikit anak-anak yang berani menentang orang tuannya. Jika keinginan tidak dapat dipenuhi, bermacam cara dilakukannya. Dan yang lebih sering menerima perlakuan yang tidak layak dari mereka adalah sang ibu. Bahkan ada yang tega menganiaya sang ibu, yang telah mencurahkan kasih sayangnya kepada mereka.
Fenomena seperti ini sudah banyak terjadi di sekitar kita. Meskipun demikian, seorang ibu tetap menunjukkan kasih sayangnya yang tiada terhingga. Layakkah kita membalas kasih sayang dan kebaikan ibu kita dengan perilaku yang menyakiti hatinya?

Kerana itu dalam Al-Quran karim, Allah SWT memerintahkan kita untuk berbakti kepada kedua orang tua kita, terutama kepada ibu kita. Hal ini terdapat dalam beberapa ayat, yaitu:
وَقَضَى رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُواْ إِلاَّ إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلاً كَرِيمًا
وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Dan Tuhanmu telah memerintahkan kepada manusia, janganlah ia beribadah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua dengan sebaik-baiknya. Dan jika salah satu dari keduanya atau kedua-duanya telah berusia lanjut di sisimu, maka janganlah katakan kepada keduanya ‘ah’ dan janganlah kamu membentak kedua-nya. Dan katakanlah kepada keduanya perkataan yang mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasing sayang. Dan katakanlah, ‘Wahai Tuhanku sayangilah keduanya sebagaimana keduanya menyayangiku di waktu kecil’ (QS Al-Isra’:23-24)
وَاعْبُدُواْ اللّهَ وَلاَ تُشْرِكُواْ بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالجَنبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ إِنَّ اللّهَ لاَ يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالاً فَخُورًا
“Dan sembahlah ALLAH dan janganlah menyekutukan-Nya dengan sesuatu, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kepada kaum kerabat, kepada anak-anak yatim, kepada orang-orang miskin, kepada tetangga yang dekat, tetangga yang jauh, teman sekerja, ibnu sabil, dan hamba sahaya, sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri” (QS An-Nisa:36)
وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حُسْنًا وَإِن جَاهَدَاكَ لِتُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
“Dan Kami wajibkan kepada manusia (berbuat) kebajikan kepada orang tuanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku lah kembalimu, lalu Aku khabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”(QS Al-Ankabut:8)
Marilah mulai sekarang kita ubah perilaku kita kepada orang tua kita, terutama kepada ibu kita menjadi lebih baik. Jangan lagi kita menyakiti hatinya, kerana kita takkan pernah mampu membalas jasanya.

Sunday, February 6, 2011

Dari seorang kawan n khas untuk aku..

Disaat aku kebuntuan dikala aku cuba mencari arah tuju...
memikirkan haluan yang terbaik untuk aku tempuh...
agar diriku bisa berdiri teguh...
dikala itu kau berikan aku satu semangat...
untuk terus melangkah....
SaudaraKu,
Betapa dunia yang kau pijak, Adalah dunia yang sama aku berdiri kini...
Betapa dunia yang buat kau sempit ini, Adalah dunia yang sama yang buat aku jatuh berkali-kali..
Betapa dunia yang buat kau sedih, Adalah dunia yang sama yang buat aku menangis..
Betapa dunia yang buat kau kecewa kini, Adalah dunia yang sama yang buat aku juga berputus asa..
Betapa dunia yang kau serabutkan ini, Adalah dunia yang sama yang buat aku kusut..
Betapa dunia yang buat kau kelu seribu bahasa, Adalah dunia yang sama yang buat aku bisu tak terkata..
Betapa dunia yang buat kau rasa berat, Adalah dunia yang sama yang buat aku rasa terbeban..
Sabarlah SaudaraKu..
SUNGGUH!!
Doa mengiringi perjalanan HidupMU...

Terima kasih aku ucapkan kepada kamu wahai si pengirim mesej...
Nama dia dirahsiakan...hohoho...biar jadi teka-teki...
jadi nie je la nak bagi tau...apepun..ayat ini antara pemberi aku harapan untuk teruskan perjuangan....
Wassalam...(n_a)

Sahabat itu ape.....

Salam semua yang sudi membaca...
Bg korang..ape erti sahabat??
Setiap orang, mesti ade pendapat yg berbeze...
 Aku tengok, zaman skang ni...ramai yg x tau m'hargai sahabat.....

Macam org kat sekeliling aku skang.....
Kadang2 tu...pasal hal kecik pun..dah ambik ati....
Pastu, x bertegur sape....
Sahabat Oh Sahabat
sama la jugak aku pown...
Sedangkan, hal tu blh d'setelkan..
Tp saje nak masam muke....
Bile hilang kawan,
Kan dah hilang 1 pemberaian Tuhan....
Rugi nyer aku rase............................

Sampai skang, aku masih x jumpe lg seseorang yg boleh jadi sahabat sejati....
kawan baik ramai, tp nak di iktirafkan sbg "sahabat sejati" tu... x jumpe lg...
Kawan aku si napi ade kate, nak kan sahabat sejati...
kite kene berdoa pd Allah.....
Sbb itu pun 1 pemberian dr Allah.....
Untung sape yg ade sahabat sejati....
hargailah dirinye....
Aku akan terus berdoa moge d'pertemukan dgnnye.....
itu pun, salah 1 cinte kan???
Cinta dgn sahabat


LOve is nOt abOut findinG thE riGht pErsOn
But crEaTinG a riGht rElatiOnsHip ..

It's nOt abOut hOw muCh lOvE yOu hAve in thE bEgInning
But hOw mucH lOve yOu buiLd TiLL thE EnD...