Friday, December 24, 2010

Tentang Diri Ini..

ku belum mengerti tentang semuanya
tapi ku yakin yang kulakukan adalah biasa
tapi ku tau ini tak wajar
dalam lamunan hati
ku terus menerawang
sampai kapan semua ini akan berjalan
keaslian diri yang telah jauh
meninggalkan raga ini
aku sadar tapi ku tak bisa putuskan
apa yang bisa membuatku bahagia
itulah yang ku jalani kini
meski ku tau semuanya salah
aku ingin lepas dari semuanya
tapi ku yakin ku belum sanggup
aku rindu jiwa dulu yang slalu hangat
lucu dalam menghadapi suatu hal
bukan hanya kalian
tetapi ku juga sedari bahwa diri ini telah berbeda
hanya harapan dan doa yang dikabulkan
yang akan mengubahnya suatu saat nanti
ku masih tercari-cari
dimanakah akan ku jumpa identiti diri
yang semakin hanyut pergi tanpa sedikitpun aku sedari
namun, ku tetap bahgia dengan kedukaan ini
walau tangis dan sepi silih berganti.....(n_a)

Sunday, December 12, 2010

Pentingnya Halal..




Assalamualaikum..Bismillahirrahmanirrahim.. 

"WAHAI orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya." (al-Baqarah: 172)






Islam ialah agama yang sangat sempurna..Islam juga sangat menitik beratkan soal pemakanan..Makanan juga menentukan jenis, sikap, dan sifat seseorang manusia...Ianya berhubung mengenai soal halal haram sesuatu makanan itu..Islam menggesa umatnya supaya menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang bersih dan halal sahaja. Mereka dilarang memakan makanan yang kotor dan haram kerana boleh menjejaskan kesihatan.
      
              Ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting terhadap pemakanan anak-anak serta ahli keluarga yang lain. Pastikan makanan yang diberi bersih dan halal daripada sumber rezeki yang halal juga..Bukan hasil daripada pekerjaan haram seperti mencuri, berjudi dan sebagainya..Setiap orang hendaklah prihatin terhadap kesucian makanan yang dimakan kerana ia mempunyai hubung kait dengan amalan dan ibadah mereka. Apabila mereka memakan sesuatu yang haram, ia akan memberi kesan rohani kepada diri..Mereka akan berasa sukar mendidik jiwa dengan sifat-sifat mahmudah kerana pintu hati telah tertutup untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT.


            Justeru, sebagai seorang yang beriman dan bertaqwa hendaklah sentiasa berhati-hati menentukan pemakanan..Dengan mengambil berat soal kebersihan dan kesucian makanan..Ini kerana unsur-unsur tersebut amat besar pengaruhnya dalam pertumbuhan diri manusia sama ada dari sudut jasmani mahupun rohani..Seorang Islam hendaklah prihatin dalam menjaga pemakanan mereka dengan memakan makanan yang bersih dan halal..Mereka dilarang memakan makanan yang diharamkan demi menjaga kesihatan fizikal dan mental..Sebenarnya pengharaman sesetengah jenis makanan itu ada hikmah dan rahsia di sebaliknya. Bukanlah diharamkan itu kerana suka-suka tetapi bertujuan menghindarkan diri daripada pelbagai kemudaratan seperti penyakit, keracunan, buta mata hati dan sebagainya.



Oleh itu, makanlah makanan yang halal melalui sumber yang halal juga di samping sentiasa bersyukur kepada Allah SWT atas limpahan rezeki yang melimpah ruah itu..wassalam...

percubaan pertama..

bismillah...alhamdulillah...buat pertama kalinya saya menceburkan diri dalam bidang penulisan ini...mungkin cara penulisan kurang menarik...tetapi akan di perbaiki dari masa ke semasa...huhu...